Okay macam ni semalam ada akhbar-akhbar tempatan ada melaporkan bahawa kerajaan membenarkan syarikat untuk beroperasi sepenuhnya, dengan kata lain 100% kapasiti tanpa sekatan bermula hari ini 29 April 2020. Tapi korang jangan salah faham. Bukan semua syarikat yang ada di Malaysia ni ye. Kita kena ingat kita masih dalam PKP. Syarikat yang dimaksudkan ialah syarikat yang diberi kebenaran untuk beroperasi oleh MITI dan kerajaan sahaja. Kilang-kilang bole beroperasi seperi sebelum PKP dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan 'kebiasaan baharu' seperti penjarakan sosial, garis panduan kawalan kesihatan dan kebersihan diri. Kalau sebelum ini, syarikat dan kilang hanya beroperasi sekadarnya, dan setiap pekerja yang terlibat perlu mendapat kebenaran berkerja.
Menurut Dato Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Kanan dan Juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) syarikat-syarikat yang sebelum ini telah dilulukan oleh MITI untuk beroperasi, tidak perlu membuat permohonan untuk beroperasi penuh.
So apa pendapat anda tentang perkara ini? Wajarkah atau sebaliknya?
Sumber : BH Online
No comments:
Post a Comment