MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Assalamualaikum semua,

Entry hari ni nak share pasal resepi dan cara2 membuat tauhu berlauk. Tadi pergi topup barang dapur untuk sambut Ramadhan esok. Topup barang kering and barang basah..bukan apa..nanti bila dah puasa..malas nak bersesak pergi ke pasaraya.. Kalau setakat barang basah tu kalau habis boleh pergi kedai runcit dekat area rumah. Kalau barang2 dapur kering harga mahal banyak compare dengan pasar raya. Sebab tu tadi ambil masa sikit, pergi topup barang. Dah pergi pasar raya..alang2 terus la cari bahan2 untuk buat tauhu berlauk. Dah lama nak buat tapi sebab barang selalu tak cukup, tu yang asyik delay.

Okay jom kita tengok bahan-bahan:

1. Tauhu petak (4 keping, buat byk so boleh frozenkan)
2. Tauhu telur (3 pack)
3. Isi ayam (tak banyak sangat sebab ada crab stick and daging kisar, kalau guna ayam semata boleh lebihkan ye)
4. Crab stick
5. Daging kisar
6. Carrot
7. Daun sup
8. Bawang holand 1 biji
9. Kiub pati ayam
10. Telur 2 biji

Untuk bahan 3, 4 & 5, kalau takde semua pon takpe, ada ayam shaja pon boleh, daging shaja pun boleh, ada orang letak blend udang fresh sekali..tapi sis x letak dalam ni..so ikot masing2 k..

P/s: masa prepare bahan-bahan memang takde gambar ye, malas nak renyah2 tangan kotor kotor, nak snap snap gambar, tak kuasa i.. Hahah

Ok lets start

Mula mula potong semua tauhu masukkan dalam blender, potong isi ayam kecil-kecil, potong crab stick, dan masukkan 200g daging kisar. Daging ni saya beli daging kisar ramly. Sekarang packaging die dah lain, 1 pack 800g ada 4 keping, so saya guna 1 keping bersamaan 200g. Masukkan kiub pati ayam, masukkan telur dan sedikit air. Terus blend sampai sebati. Air jagan banyak ye, just untuk gerakkan blender tu je. Dah siap blend, letak la tepi.

Carrot potong kecil ataupun cincang. Saya malas, saya sagat je halus2, potong daun sup dan bwang hollen potong dadu kecil2. Masukkan carrot, bawang dan daun sup dalam bekas bahan kisar tadi. Gaul sebati.


Inilah rupanya setelah digaulkan semua

So boleh la panaskan air untuk di kukus. Excited sebenarnya nak guna pengukus ni, sebab first time guna..Tahun lepas beli. Dengan rasminya Munirah menggunakan pengukus tupperwarenya.. Hahaha. Tapi tak guna semua..guna 2 layer je. Mula2 nak guna loyang, sekali loyang lagi besar dari saiz pengukus.hahah guna ajalah bekas mana yg muat untuk duduk dalam pengukus ni. Hahah



Tadaaa comel tak pengukus kittew..awww hahah

Kukus sampai masak, kalau korang ada mold yang cantik cantik bole guna..saya sebab rumah bujang, takde mold mold bagai.. So buat aja dalam bekas mana yang ada.potong aja macam saiz nugget. Frozenkan. Nak makan untuk sahur, just goreng. Nak goreng kena celupkan dalam telur dulu ye dan cicah dengan sambal kicap.


Ini rupa dah siap kukus

Ini rupa siap goreng..dah bole makan cicah dengan sambal kicap

Ni rupa dah potong siap2 untuk di frozenkan

Selamat mencuba guys




1 comment:

  1. Wow sedapnya.. dah boleh Ni join segment mama.. jemput ye

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib