Assalamualaikum semua,
Lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba. So apa persiapan yang dah dibuat. Persiapan Ramadhan? jarang kan kita dengar persiapan untuk Ramadhan. Selalu orang kita ni excited dengan persiapan untuk hari raya. Dan Persiapan untuk Ramadhan selalunya yang orang kita buat ialah top pup barang barang dapur, beli kurma, planning lauk yang nak dimasak sepanjang berbuka dan bersahur. Ini ialah persiapan orang melayu kita akan buat. Tapi sebagai orang Islam, bukan persiapan ini yang dipandang atau yang menjadi keutamaan. Persiapan yang dimaksudkan ialah persiapan dari segi rohani dan spiritual, untuk menjadika Ramdahan yang bakal tiba ini ialah Ramadhan terbaik dari Ramadhan sebelumnya.
Sebelum datangnya bulan Ramadhan, akan adanya bulan Rejab dan Syaaban. Dua bulan ini ialah bulan yang digalakkan untuk berpuasa sunat. Dan memperbanyakkan puasa sunat dibulan ini secara tidak langsung mempersiapkan kita dalam menanti kedatangan Ramadhan. Selain itu, kita juga boleh memperbanyakkan ibadah ibadah sunat seperti melatih diri bangun untuk bertahajjud dalam bulan rejab dan Syabaan supaya bila datangnya Ramadhan, kita sudah biasa dengan ibadah- ibadah ini. Alang2 kita nak berpuasa sunat tu, kita bangun untuk bersahur, apa kata kita awalkan bangun sahur kita supaya kita boleh menunaikan 2 rakaat tahajjud. Kita manusia biasa tidak mampu untuk bangun tahajjud setiap hari. Tapi bila ada niat untuk berpuasa, bangun bersahur, kita bole cuba selitkan tahajjud selain dari bangun hanya untuk bersahur semata-mata.
Di bawah saya senaraikan 10 checklist yang boleh kita buat dari segi fizikal dan spiritual dalam usaha kita untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba.
1. Bertaubat
Kita sebagai manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesalaha dalam kita sedar atau pun tidak. So sebelum datangnya bulan Ramadha, kita digalakkan untuk memperbanyakkan taubat, supaya Ramadhan yang ditempuhi, dapat kita rasa nikmatnya.
Kita sering salah faham tentang taubat. Manusia biasanya cenderung untuk bertaubat bila hanya melakukan dosa2 besar. Sebaliknya, taubat harus diamal secara konsisten kerana kita hanyalah manusia biasa, yang tidak lepas darri melakukan kesalah.
2. Tingkatkan Kualiti Ibadah.
Kita kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti ibadah kita. Contohnya, biasanya kita solat di penghujung waktu, apa kata untuk menyambut Ramadhan kali ini, mari kita sama sama melatih diri untuk solat diawal waktu?. Bila kita solat di awal waktu ni, kita akan dapat rasa yang masa kita lebih panjang kerana ada keberkatan waktu disitu.
3. Memperbanyakkan Ibadah Sunat
Kalau sebelum ini kita jarang nak buka Al-Quran, apa kata kali ini kita bersedia dengan memperbanyakkan membaca Al-quran ? kita bole bermula dengan membaca 1 muka 1 hari dan tambah bilangan muka surat mengikut kemampuan kita. Lagi bagus kalau kita dapat membaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Selain itu, kita juga boleh memperbanyakkan zikir dalam menjalani hari hari kita. Zikir - zikir simple yang boleh membersihkan hati kita.
4. Perbanyakkan puasa sunat
Seperti yang dihuraikan di atas, kita bole memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Rejab dan Syaaban untuk melatih diri menuju Ramdhan.
5. Kawal Perbuatan, elakkan dari melakukan perkara Negative
Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara negative yang kita lakukan ataupun yang menjadi rutin dan amalan sehingga kita merasakan tidak salah melakukan itu. Yang paling simple ialah mengumpat. mengumpat ini boleh memberi impak negative dalam diri dan minda seseorang. Sebaiknya kita mengawal diri kita dan kalau boleh, terus tinggalkan perbuatan ini untuk selamanya.
6. Menjaga Kesihatan
Ini mungkin nampak remeh, tapi untuk mendapatkan puasa yang berkualiti, kita mesti dalam keadaan badan yang sihat supaya kita mampu menjalani ibadah puasa kita dengan baik, ditambah pula dengan aktivity sunat tambahan. Jika kita sakit, kita tidak akan mampu atau tiada mood untuk melakukan ibadah ibadah tambahan jika kita mampu berpuasa. yang penting, jangan makan berlebihan, jaga kuantiti makanan kita supaya kita kekal cergs dan sihat.
7. Tidur Awal.
Tidur sangat penting dalam usaha kita untuk 'recharge' tenaga kita. Bila kita cukup tidur, mudah untuk kita bangun bersahur, sekali gus bertahajjud dan bersedia untuk mejalani ibadah puasa pada siang harinya. Tidur yang berkualiti, akan memberi impak yang positive pada emosi seseorang. Kita akan lebih ceria dan bertenaga.
8. Tetapkan Matlamat
Jika puasa tahun tahun lepas hanya sekadar puasa, apa kata tahun ini kita tetapkan matlamat daln menjalani ibadah puasa kita? Sebagai contoh, kita nak khatam Al-quran dalam bulan Ramadha atau pun kita nak menghidupkan setiap malam dalam bulan Ramdahan ini dengan ibadah sunat seperti solat taubat dan tahajjud atau pon kita mempunyai misi untuk medapatkan malam Al qadar? Pasti ikan akan bersungguh2 untuk mencapai matlamat kita kan? pastikan matlamat ini adalah matlamat yang baik, bukan matlamat yang megundang murka pecipta Kita okay!?
9. Kurangkan Hiburan
Bulan Ramadhan ialah bulan untuk umat islam beribadah. Dalam 12 bulan hanya 1 bulan yang pahala dilipat kali gandakan. Kita ada 11 bulan untuk berjimba, bermain dan berseronok. Apa kata bulan Ramadhan ini kita kurankan activity yang melalaikan dan fokus untuk beribadah. So sebelum benar benar tibanya Ramadhan, kita bole slowly kurangkan supaya bila masuknya Ramadan, kita bole tinggalkan sementra keseronokan dunia itu. Yang terbaik, kita masih boleh kurangkan walaupun selepas Ramadhan. kerana Ramadhan ini ialah bulah untuk kita tarbiyah diri, mencari keampunan dan keredhaa Allah.
10. Tahu jadual dan Rancang dengan Awal.
Untuk yang bekerja, ada sesetengah company, akan tukar waktu bekerja untuk memberi ruang kepada pekerja2 supaya dapat pulang awal kerumah dan membuat persiapan berbuka dengan keluarga. Kita bole rancang jadual kita, supaya ibadah yang kita ranccang, matlamat yang kita nak capai itu on track dan tidak terganggu oleh perkara perkara remeh.
Akhir kata dari saya, selamat berpuasa kepada semua pembaca, dan selamat menyambut bulan ramadahn, semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan terbaik buat kita. Semoga virus covid-19 ni menjadikan kita hamba yang lebih berserah kepada sang pencipta dan menjadikan kita hamba yang lebih baik.
Aamiin ya rabbal alamin.. ^^
ReplyDeletetak lama je lagi.. Jumaat ini..
ReplyDeleteSolat tahajjud dan ibadat2 waktu qiam ni aim saya pada bulan Ramadan ni, insyaAllah. Cabaran juga sejujurnya sebab saya jrg2 buat, tpi moga2 diri ni kuat menahan nafsu. Syaitan dh kena ikat, saya je la masalahnya hehe
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan
Deletesalam ramadhan qareem. pejam2 celik da sampai bulan puasa
ReplyDeleteselamat berpuasa yaa..
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
ReplyDelete#staysafe #stayhome