MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Berapa kali angkat takbir dalam solat?


Terdetik untuk membuat entry ini ialah kerana saya melihat ramai sangat yang angkat takbir Ssetiap kali selepas bangun dari sujud untuk ke rakaat seterusnya. Bila saya melihat itu, saya tiba-tiba rasa was-was dengan solat saya selama ini,  'aku salah atau aku betul. Setahu aku, itu yang diajar oleh ustaz dan usazah, dan itu jug di ajar oleh mak an ayah.' Bukan nak kata saya solat sempurna, tapi bila nampak orang lain buat, rasa ragu dengan diri sendiri.  Saya bukan ahli agama, dan ini bukan bidang saya untuk saya ulas panjang lebar menggunakan ayat saya sendiri. Ini bab berkaitan agama Islam, berkaitan solat kita, saya tidak mahu, jika tersalah tulis, menjadi dosa jariah buat saya bila orang baca entri ini dan jadian rujukan.


Beberapa hari ini saya try google, search article, cari dekat facebook, dekat youtube supaya tidak salah berkongsi info berkaitan solat ini. Semoga perkongian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jom sama-sama audit solat kita.


Ini merupakan  jawapan dari Ustaz Azha Idrus,
 





PENERANGAN DIBAWAH SAYA JUMPA PERKONGSIAN DI FACEBOOK OLEH PAGE AL-QURAN DAN AS SUNNAH

Dikhabarkan kepada kami oleh Ar-Rabi’ yang mengatakan: Dikabarkan kepada kami oleh Asy-Syafi’e yang mengatakan: “Dikhabarkan kepada kami oleh Sufyan bin ‘Uyainah, dari Az-Zuhri, dari Salim bin Abdullah, dari ayahnya yang mengatakan:

“Saya melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memulakan solat, baginda mengangkat kedua tangannya, sehingga setentang dengan kedua bahu, dan apabila baginda hendak ruku’, dan sesudah baginda mengangkat kepalanya dari ruku’. Dan beliau tidak mengangkat dua tangannya ketika sujud”.

[H/R Syafi’e dalam Al-Umm Jilid 1, halaman 248, bab mengangkat dua tangan pada takbir dalam solat, Cetakan kedua tahun 2000, terbitan victory agencie, Edisi Malaysia]

Imam Syafi’e berkata:

Dengan inilah kami mengatakan maka KAMI MENYURUH SETIAP ORANG yang mengerjakan solat, baik dia imam atau ma’mum atau solat sendirian, lelaki atau perempuan, bahawa mengangkat dua tangannya apabila memulai solat, apabila bertakbir untuk ruku’ dan apabila mengangkat kepala dari ruku’. Adalah pengangkatannya itu pada masing-masing dari yang tiga tadi setentang kedua bahunya.

KAMI TIDAK MENYURUH bahawa orang yang solat itu mengangkat kedua tangannya pada sesuatu dari zikir dalam solat, yang untuk zikir itu ruku’ dan sujud, SELAIN PADA TIGA TEMPAT yang tersebut di atas.

Rujukan:
[H/R Syafi’e dalam Al-Umm Jilid 1, halaman 248, bab mengangkat dua tangan pada takbir dalam solat, Cetakan kedua tahun 2000, terbitan victory agencie, Edisi Malaysia]Imam Syafi'e berkata:

Kalau ia meninggalkan mengangkat dua tangan pada semua yang saya suruh(mengangkat tangan ketika mulai solat, ingin ruku’ dan bangkit dari ruku’), baik solat pada solat fardhu atau solat sunat atau sujud atau solat hari raya atau solat jenazah, niscaya SAYA MEMANDANG MAKRUH YANG DEMIKIAN.

Dan TIDAK HARUS ia mengulangi solat dan sujud sahwi…

Rujukan:
[H/R Syafi’e dalam Al-Umm Jilid 1, halaman 249, bab mengangkat dua tangan pada takbir dalam solat, Cetakan kedua tahun 2000, terbitan victory agencie, Edisi Malaysia]


P/s: Mohon yang lebih Ariff menambah atau menegur jika ada kesalahan dalam posting ini. 








4 comments:

  1. Tak terfikir pasal angkat tangan ni. Terima kasih ingatkan.

    ReplyDelete
  2. Takbir yang jadi rukun solat tu takbiratul ihram saja...

    ReplyDelete
  3. Hye sye nak tanya klau kita terangkat 5 takbir mcm mne ye

    ReplyDelete
  4. Hukum kalau kita terangkat 5 takbir?

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib