MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Hai Assalamualaikum guys,

Untuk entry kali ini, saya nak share karya terbaru Ustazah Asma Harun. Buku ini ialah karya Ustazah Asma bersama dengan karyawan seorang Karyawan Indonesia, Dwi Suwiknyo. Siri kembara menuju Allah ini mengandungi 4 buah buku da di datangkan dengan gift box yang exclusive dan cantik.










Kalau korang tak kenal siapa Ustazah Asma Harun, ni saya bagi pengenalan sedikit tentang latar belakang beliau, 

Ustazah Asma Harun
36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan. Sumber bookcafe.

banyak ceramah2 Ustazah di U-tube dan semenjak PKP ni siapa yang follow FB atau instagram ustazah, pastinya tahu yang ustazah sentiasa buat ceramah live bersama orang-orang terkenal seperti Prof Muhaya, Dato Siti nurhaliza, Mira Filzah dan Siti Nordiana

So kalau korang berminat untuk order buku exclusive ini, boleh pre-order di book cafe. 

1 comment:

  1. Cantik koleksi ini siap ada box lagi..
    Isinya pastilah lebih cantikkan..

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib