MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Asslaamualaikum semua.

Seperti yang kita tahu, virus covid-19 ini bukan virus biasa yang mudah untuk kita basmi. Sehingga hari ini pun, seluruh dunia masih belum temui vaksin untuk mematikan virus ini, apa yang kita sebagai rakyat, dan sebagai golongan yang di ancam virus ini, kita kena sama-sama membantu kerajaan dalam menangani masalah ini dengan cara mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Walaupun baru seminggu kita didalam bulan Ramadha, tetapi Melaka telah mengeluarkan garis panduan untuk di ikuti jika sehingga Raya Aidilfitri nanti kita semua masih dalam pkp. Garis panduan ini untuk   untuk perkara-perkara yg biasa kita lakukan semasa tibanya hari raya. Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan :


1. Solat Sunat Hari Raya
- solat sunat raya di rumah bersama ahli keluarga
- Boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah
- Ahli keluarga yang dikuarantin, tidak dibenarkan turut serta
- Pesakit dan petugas hospital dibenarkan mengikut peraturan KKM

2. Takbir Raya
- Takbir dimasjid oleh Imam, bilal @ siak atau menggunakan rakaman
- Digalakkan bertakbir di rumah
- Takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan
- Stesen penyiaran mesti meletakkan caption 'rakaman ini dibuat sebelum pkp' semasa menyiarkan takbir raya

3. Rumah Terbuka
- Tidak dibenarkan untuk mengelak penularan wabak covid-19

4. Ziarah Raya
- Ziarah raya dinasihatkan diganti dengan berhubung  melalui alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri

5. Ziarah Kubur
- Menggantikan bacaan yassin dan tahlil di rumah bersama keluarga bagi menggantikan ziarah kubur di hari raya




Ralat: Pagi ini banyak sangat group share PDF document tentang guideline dari JAKIM, PDF yang sama, selepas mencari dari beberapa sumber, i found out that this is guideline from Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka

Sumber : Berita tengah hari RTM 28 Apr 2020
P/s : What say you?

3 comments:

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib