Hai asslamualaikum,
Macam mana hari pertama ramadhan hari ini? Dan macam mana puasa tanpa bazar? Rasanya, dari pemerhatian kemeriahan menyambut Ramadhan sama seperti tahun-tahun sudah kalau dilihat dari menu berbuka. Walaupun pkp, meja makan masing masing meriah dengan juadah berbuka. Yer la masing masing tunjuk skill memasak, membuat kuih untuk dinikmati oleh ahli keluarga. Ini saya tengok dari status whatsapp kawan - kawan dan juga posting facebook serta entry dari blog2 . Lagipon tak susah jugak untuk cari kuih dan juadah sebab bazar online telah dijalankan. Kalau dekat kawasan saya, banyak je info - info and maklumat2 berkaitan dengan delivery makanan untuk juadah berbuka. Tapi apa yang tak meriah ialah masjid. Selalu masjid hidup pada bulan ramadhan. Tapi alhamdulillah, ramai jugak kawan-kawan facebook yang muat naik activity terawih bersama keluarga. Still rasanya ada kemeriahannya cuma tidak dilihat di masjid-masjid.
Eh panjang pulak entry pasal puasa hari pertama, ok berbalik pada tajuk. Untuk update harga petrol untuk 25 Apr sehingga 1 May, harga untuk RON 95 DAN RON 97 masing-masing kekal, manakala untuk diesel turun 3 sen. Untuk minggu akan datang, bermakna RON 95 & RON 97 sudah 3 minggu kekal dengan harga sama. Alhamdulillah walaupon harga tak turun, tapi masih bersyukur sebab tak naik. Rasanya dah lama sangat tak dapat harga petrol untuk RON95 serendah itu kan? Tapi tu la bila harga petrol tengah murah, tak dapat pulak nak jalan-jalan. Tak pe lah semoga kita sama-sama duduk rumah #stayhome lawan virus covid-19 yang jahat ini. Sumber dari mysumber.com
MAkin rendah harga minyak skrg.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteMurahnya agak risau juga bila harga turun mcm.ni
ReplyDeletehi awak... lama x ziarah, semoga ramadan kali ini lebih diberkati.. amin
ReplyDelete