Lagi 1 hari Ramadan bakal menjelma. Seperti yang kita tahu, Bulan Ramadhan adalah bulan bonus untuk umat Islam kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada yang berpuasa dan digalakkan melakukan ibadah-ibadah sunat kerana pahalanya 10 kali ganda dari biasa. Tapi bagaimana pula untuk wanita yang haid? Dah la diharamkan berpuasa, macam mana kita nak kumpul pahala dalam bulan bonus ini? Jadi jom sama-sama kita refresh balik ilmu-ilmu dan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid untuk memaksimumkan pahala di bulan Ramadhan ini. Semalam ada tengaok di instagram, Dai' Luqman ada kongsikan amalan2 yang dapat membantu, wanita haid untuk kumpul pahala.
1. MEMPERBANYAKKAN ZIKIR
Berzikir di bulan ramadhan, pahalanya berbeza dengan berzikir di bulan-bulan lain.
2. MEMPERBANYAKKAN BERDOA
Wanita yang sedang haid digalakkan banyak berdoa dan Dai luqman ada menyatakan salah satu doa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W ialah
3. MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA
Kita boleh membeli / memasak untuk orang-orang yang berpuasa. Hadis sahih ada menyatakan jika kita memberi makan kepada orang yang berpuasa, kita akan memperoleh pahala sepertimana orang berpuasa tersebut.
4. MEMBACA AL-MA'THURAT
Menurut Daai' Luqman, walaupon di dalam al ma'thurat ada potongan ayat Al-quran, tetapi, dia dibenarkan dan diharuskan oleh syariat dengan niat dan tujuan berzikir.
5. MEMPERBANYAKKAN BERSEDEKAH.
Kita boleh bersedekah dengan pelbagai cara, yang paling simple, kita memasak untuk berbuka, dan lebihkankan masakan itu dan berikan kepada jiran tetangga untuk sama- sama merasa juadah itu.
So sekian sahaja perkongsian untuk hari ini, semoga bermanfaat.
selamat menyambut bulan ramadhann~
ReplyDeleteNice info.. selamat berpuasa.. :)
ReplyDelete