Semalam ada sesi live facebook Ustazah Asma Harun bersama Irma Hasmie dan Fizo Omar. Tajuk sangat indah, Andai Ini Ramadhan Terakhir. Banyak topik dan perkara yang dikongsi oleh Irma, Fizo dan Ustazah sendiri. Salah satunya bab sedekah. Kuasa sedekah dan Irma ada tanya kepada Ustazah, macam mana nak buang sifat riak dalam diri, nak hadirkan ikhlas atau kekalkan rasa ikhlas.
Kata ustazah, doanya kita semua tahu dan sentiasa kita baca dalam solat, cuma ramai tak tahu itu ialah doa untuk ikhlas. Tapi ramai jugak yang tak baca sebab doa ini ialah sunat Hai'ah. Sunat hai'ah ni kalau tak dibaca pun tidak membatalkan solat, dan tidak perlukan sujud sahwi.
Lihat juga
> angkat takbir dalam solat<
> karya terbaru ustazah asma<
Berbalik kepada doa iftitah, dalam doa iftitah, ada firman Allah iaitu :
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang bermaksud :
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
Menurut ustazah lagi, ini ialah salah satu doa untuk kita Kekalkan rasa ikhlas ketika beribadah dan buang rasa riak.
Jom kita tengok makna penuh doa iftitah:
Bacaan | Sebutan | Makna |
ﺍَﷲُ ٲَكْبَرْ كَبِيرًا | Allahu akbar kabiira | Allah Maha Besar akan segala kebesaran |
وَالْحَمْدُ ِﷲِ كَثِيرًا | Walhamdulillahi kathiraa | Dan segala pujian bagi Tuhan sebanyak-banyaknya |
وَسُبْحَانَ اﷲِ بُكْرَةً وَّاَصِيلاً | Wasubhanallahi bukrataw wa asiilaa | Dan Maha Suci Tuhan daripada kekurangan pagi dan petang |
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ َلِلَّذِي فَطَرَ السَّمٰوَتِ وَالاَْرْضَ | Waj-jahtu waj-hia liladzi fatoras samaawati wal-ardh | Dan aku hadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi |
حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ | Hanifam muslimaw wa ma ana minal musyrikan | Lurus aku sebagai orang yang sejahtera (muslim) dan bukanlah aku daripada golongan yang syirik |
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ | Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin | Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam |
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ | Laa syarika lahu wa bidza lika umirtu wa anaminal muslimin | Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan itulah diperintahkan aku dan aku daripada golongan muslim |
Baru tahu betapa indah makna disebalik doa iftitah ni, selama ni baca tanpa tahu makna disebaliknya. Jom kawan-kawan sesiapa yang selama ni solat tinggalkan doa power ini, kita mulakan rutin untuk baca disetiap waktu solat. Semoga kita semua terhindar dari sifat riak dan takabbur.
good sharing. tq dear!
ReplyDeleteIngat balik makan satu-persatu ayat.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeletetq for sharing, before ni tak pernah tahu maksud :)
ReplyDelete