Dekat facebook, ramai yang share pasal drama ni. Bila google, rating boleh tahan tinggi, sebab tu la decided nak tengok.
SKY CASTLE
YEAR : 2018
FIRST EPISODE DATE : 22 NOVEMBER 2018
NO OF EPISODE : 20
Mengisahkan kehidupan mewah lima keluarga yang tinggal di private residence yg dikenali sebagai Sky Castle. Komuniti mereka ini terdiri dari keluarga doktor yang kaya dan professor. Dalam komuniti mereka, isteri bertanggung jawab sepenuhnya tentang pendidikan anak-anak. Kalau anak-anak mereka prestasi jatuh, isteri-isteri ini akan dipersoalkan oleh si suami. Si ibu atau si isteri ni sangat obses dengan private tutor dan mereka sangat obses untuk memastikan anak-anak mereka berjaya untuk memasuki Seoul National University dalam bidang perubatan. Mereka sangat bangga jika mereka dapat kekalkan generasi kedoktoran dalam keluarga.
Konflik bermula salah seorang dari kalangan isteri-isteri doktor ini ditemui mati akibat bunuh diri. Banyak spekulasi yang dibuat. Investigation dibuat untuk mencari punca bunih diri. Salah satu bukti yang ditemui, ia berkait rapat dengan private tutor yang mengajar anaknya. Tutor ini terkenal dan ekslusive, paling mahal bayaran berbanding dengan tutor-tutor lain. Dia menjadi dambaan ibu-ibu untuk dipilih mengajar anak-anak mereka.
Drama ini banyak menonjolkan hubungan kekeluargaan, usaha si ibu untuk memastikan kejayaan anak-anak, hubugan dengan jiran-jiran, dan kehidupan remaja yang sukakan hiburan tapi dalam masa yang sama dipaksa untuk study 24 jam, pengorbanan ibu untuk anak-anak.
Banyak jugak pengajaran dari drama ni. Antaranya ialah kesan paksaan ibu bapa terhadap anak, kesan jika terlalu obses dengan kejayaan anak. Dalam cerita ini kejayaan anak bila dapat masuk Seoul National Universiti dan belajar bidang perubatan.
Saya layan cerita ni sebab rating tinggi. 9.6/10 kalau ikot rating viki.com. Sebab ada keinginan nak tau kenapa rating tinggi, itulah permulaan layan drama ni.
Nak tau ending cerita ni, boleh pergi website Myasiantv, viki atau kissasian. Tapi saya layan dekat youtube, ada 1 @ 2 episod missing, so bole cari dekat web-web korena drama.
Favorite drama! best tapi sangat stressful tengok huaaa..
ReplyDeletehttp://mylittlestoryi.blogspot.com/
tengok sikit ep 1, mcm serius je..nantilah nak sambung tengok..
ReplyDeleteDah tengok tahun lepas.
ReplyDeleteBelum tengok lagi ni. Nak masuk list lah. Thank you Munirah ;)
ReplyDeletelum layal lagi, leh add to list dulu...tq for review!
ReplyDeleteWah golongan elite tu..semua doktor mesti semua berlumba lumba nak anak mereka pandai kan
ReplyDeleteSangat stressful tengok tp try jugak tgk. Not really my cup of tea.
ReplyDeletePenasaran pengin nonton juga drama Korea ini ...
ReplyDeleteTerimakasih infonya, ya.
Kalau tengok drama Korea,
ReplyDeleteYang obses dengan pendidikan anak mesti mak2 nya
Ayahnya biasa ja haha.
Kalau rating tinggi sure best cite dia kan Munirah....bolehlah nanti kalau free free tu nak layan jugaklah
ReplyDeleteMasa PKP ini, byk masa terluang hehehe. Boleh masuk list kdrama :)
ReplyDelete