MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Asalamualaikum readers..! First sekali nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua umat islam di seluruh dunia. Lama kan tak bersiaran? haha kesibukan dengan kerja dan belajar. Bila rasa nak buat entry je mesti penat. Bila ada idea nak buat je mesti ada benda lagi penting yang nk kena buat dulu, then terus lupa..dan niat itu pon terkubur.

Okay berbalik pada tajuk.. Qurban dan aqiqah.. boleh ke sekalikan? Sebab ramai sangat yang saya nak buat aqiqah masa qurban. Kalau secara am nya.. Qurban dan Aqiqah sama, dua2 memerlukan kita untuk menyembelih haiwan. Dua2 berkongsi hukum yang sama, iaitu sunat mu'akkad. Kaedah melakukan kedua2 ini hampir sama dari segi hukum dan syarat2nya walaupun terdapat beberapa perbezaan. 

Menurut mazhab syafiee, hukum aqiqah sama hukumnya dengan ibadah qurban, dari sudut kadar makan ahli keluarga, pemberian atau sedekah, tidak boleh boleh dijual dan seumpamanya. 

Menurut satu riwayat sahih dari Imam Muslim, yang bermaksud:

Maksudnya: Sayyidina Jabi -radiyallahu ‘anhu- berkata, “kami melakukan ibadah korban bersama Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun Hudaibiah iaitu seekor untuk untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian)”.


Oleh kerana hukum aqiqah sama dengan hukum Qurban, maka menurut mazhab syafie, dibolehkan untuk mencampurkan dalam 7 bahagian lembu itu aqiqah dan qurban. Boleh berkongsi akikah dan korban pada seekor lembu, unta dan kerbau dengan mengambil satu bahagian akikah dan satu bahagian yang lain pula untuk korban dari tujuh bahagian pada binatang-binatang tersebut.  Tambahan pula 1 bahagian itu diqiyaskan dengan seekor kambing.

 Manakala berdasarkan jawapan dari Ustaz Hazri Hashim Al- Bindany, Mazhab Syafie dan Maliki serta satu pendapat mazhab Hambali tidak boleh gabung niat akikah dan korban pada seekor kambing.. dalam kitab Tuhfah dan al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa: "Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing sekali gus maka kedua-duanya dianggap sebagai batal." Ini kerana qurban dan aqiqah mengandungi makna sunat yang tersendiri.

Wallahu a'lam.

p/s: terdapat pelbagai pandangan dari pelbagai mazhad, dan ini ada perkongsian saya dari pembacaan saya. Untuk info boleh dibaca, tapi untuk diambil sebagai sandaran dan amalan, sebaiknya bertanya pada ustaz atau pun orang yang lebih pakar. 



3 comments:

  1. salam aidiladha juga. thanks share info, rmai juga yg keliru

    ReplyDelete
  2. Ada nampak kat tv, ustaz tu kata boleh disekalikan.

    ReplyDelete
  3. Oh begitu, terima kasih infonya. Kekadang terfikir juga, baru hari ni dpt jawapan. :D

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib