Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM1000 bagi kecemasan!
.
Hati ni mula gelisah bila ramai anak-anak muda mesej Lia mengatakan mereka tak tahu tempat yang terbaik untuk simpan duit ni.
.
Berapa % duit kita perlu asing untuk menyimpan setiap bulan?
.
1) Ada yang sarankan simpan 20% daripada jumlah pendapatan.
2) Ada yang kata kita perlu simpan 30%
3) Ada juga yang bagi cadangan simpan 60%!
.
Tak kisah 20%, 30% atau 60% sekali pun, janji anda ada disiplin untuk menyimpan dan TAHU tempat yang terbaik untuk menyimpan duit ni.
.
Sis yakin dan percaya, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.
.
Apa-apa pon, mulakan je dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Menyimpan ni memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah pendapatan!
ASB.
1) Tetapkan matlamat pelaburan ASB.
Contoh matlamat pelaburan ASB:
- untuk membeli rumah
- untuk perbelanjaan perkahwinan
- untuk melancong ke luar negara
2) Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB.
Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB.
Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.
3) Pelaburan ikut kemampuan
Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.
Contoh :
Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan.
Pecahkan je kepada dua:
- Force Saving (RM700)
- Simpanan ASB (RM300)
Ingat! Simpanan ASB biasa pon penting juga tau, incase kalau ada emergency kan. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu.
Dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.
Tabung Haji.
1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji
1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji
Private
Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta
1) PRS ini
melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
2) KWSP +
PRS = Pelan Persaraan Mantap!
3) Sebagai
simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan
berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
4) Tambahan
kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan
persaraan KWSP seseorang.
5)
Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian
(tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
6) Tak
ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30
an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private
Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
7) Paling
penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika
bersara!
Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan
.
Cuba kira berapa nisbah gram emas
yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman
yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500
setahun,
.
6500 × 5 tahun = Rm32500
.
Maka jumlah pinjaman sekitar
RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar
RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210
hingga 240 gram emas.
.
Kalau kita simpan 1 gram emas
sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18
hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram
.
Dan simpanan itu kalis inflasi.
Pendek kata, 240gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau
apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil
pinjaman PTPTN seperti kita. ☺
.
Tak perlu ajar anak -anak kita
berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang
baik.
.
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak
hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas
dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos
pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!
.
Cara Terbaik Simpan 1 Gram
.
Persoalan seterusnya, di mana nak
beli emas 1 gram ini?
.
Untuk makluman anda semua, gold bar
1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas
bersaiz kecil memang mahal.
.
Kosnya dalam linkungan rm210 -
rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.
ALTERNATIF:
Cara terbaik utk simpan emas 1 gram
sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang
berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.
.
Walaupun ia akaun emas, tetapi
ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang
pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu
akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
Unit trust pun great medium untuk
menyimpan.
Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ni ialah persaraan, pendidikan anak, haji/ umrah, beli rumah atau kawen.
Ramai familiar dengan ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek.
Tempoh: 3 tahun - 5 tahun atau lebih. Pengalaman cik lily pernah tengok ledger klien pernah sampai 20% - 23% keuntungan.
Dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun - 5 tahun atau lebih daripada itu.
Keuntungan ada 3 jenis.
1. Capital gain : harga naik turun.
Kedua dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli
masa murah, jual masa mahal. Mesti huntungkan? Hehe.
2. Dividen - fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.
3. Bonus - dapat bila company declaire je. Nama pun dividenkan? Hehe.
Unit trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund.
Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.
Sekian sedikit ilmu unit trust.
Happy saving everyone! 😊
P/s : kalau ikotkan list ni sis buat 4 out of 5..tapi yg saving color2 Tu sebab ada agenda hihi.. For travelling purposes
perkongsian yang sangat menarik ni. jom sama-sama menabung
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
saya selalu dapat gaji terus je transfer beberapa rm ke Tabung Haji,
ReplyDeleteASB kalau betul caranya kita boleh dapat untung berganda
singgah sini
ReplyDeletehttp://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html
terbaek.. ejulz ada ketiga2 ni :)
ReplyDeletefollow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak
http://ejulz.blogspot.com
hai.. terbaik.. :)
Deletesalam singgah dan follow :)
ReplyDelete