So sempena 31 Ogos hari ni, entry harusla berkaitan dengan kemerdekaan..ye dak? Hihi..Alhamdulillah, sudah 61 tahun Malaysia merdeka. Dan tahun ini merupakan tahun pertama sambutan kemerdekaan dengan kerajaan baru. Okay bukan pasal kerajaan baru nak dicerikatakan kali ini, tapi tentang kemerdekaan.
Negara kita sudah mencapai kemerdekaan lebih dari 60 tahun, tapi merdekakah kita?
Ye secara kasarnya Malaysia s3buah negara membangun kerana salah 1 sebabnya sudah mencapai kemerdekaan. Tapi rakyat Malaysia sudah merdekakah mereka?
Cuba tanya diri sendiri.. Apa makna kemerdekaan pada diri kita? Contohnya, rakyat Malaysia mengaku merdeka tapi hakikaTnya? Pemikiran masih di takuk yang lama. Hasad denggi masih bermaharaja lela dalam diri. Sifat dengki mendengki, fitnah memfitnah, 'bawang membawang' masih menjadi permainan dan rutin harian kita. NaMpak macam negara maju, teknologi makin canggih, tapi pemikiran manusia makin kolot. Masih ada segelintir manusia yang tidak betah melihat orang sekelilingnya berjaya, ada sahaja perkara yang dibuat untuk menjatuhkan orang yang tidak disukai. Tambah tambah dengan teknologi sekarang, kau tak suka aku, kau cari kelemahan aku dan dengan 1 posting sahaja, bole viral 1 dunia, silap hari bulan, boleh trending. Ada jugak yang masih mengguna cara halus seperti ilmu hitam dan sebaganya. So korang rasa, dengan sifat2 macam tu sudah merdeka kah kita?
Punye lah susah datuk nenek kita dahulu mempertahankan negara, menuntut kemerdekaan, jangan dengan kebodohan kita, negara tergadai. Untuk menjaga negara kita, untuk memerdekakan negara kita dari jajahan kuasa barat, ilmu penting. So untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara, memerlukan orang yang berilmu, pelapis yang berilmu. Dunia semakin canggih, orang betlumba2 untuk berjaya, tapi dekat malaysia, budak2 muda sekarang, bukan berlumba2 untuk berjaya, cari ilmu, tapi berlumba2 untuk jadi famous di social media, untuk ada ramai followers, untuk generate income dari social media. Sangat sedih bila baca kisah budak yg bangga failed semua subject tu. Adakah seperti itu pelapis negarA kita? Adakah pemimpin negara kita akan datang, datangnya dari insta famous? Yang seperti tin kosong? Lantang bersuara sesuka hati tapi hakikatnya 'zero knowledge'. Ya memang tak dinafikan sekarang zaman 'cash is king', tapi itu tidak cukup untuk menjadikan kita maju.
So dengan pemikiran dan atitute seperti itu, anda rasa merdekakah kita? Tepuk dada tanya diri. So cukup la membebel untuk itu..kikiki. Mari kita lihat logo dan tema tahun ini pulak 👇👇👇👇👇
Tema: Sayangi Malaysiaku
Logo Ciptaan : Nik Zulkifli Nik Hitam
Maksud: Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan,dengan 1 bentuk hati dihadapan, menyatukan mereka. Ia membawa maksud rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, hidup dalam harmoni,bersatu padu dan kasih sayang pada negara.
persoalan sebenar.. benarkah kita sudah merdeka ? T.T
ReplyDeleteSelamat hari merdeka. semoga diri kita juga turut merdeka. Amiin.
ReplyDeleteThe Hundred Pages | Eyqa Zq
kita belum merdeka dari gejala2 yang tidak sihat :/
ReplyDeleteMalaysia dah Merdeka tapi mentaliti kita masih belum :)
ReplyDeletehttps://nanafidenaz.blogspot.com/2018/09/classical-music.html
jengah dan salam perkenalan dari www.umifuzy.com
ReplyDelete