Beruntungkah aku ? Cuba tanya diri masing-masing,
beruntungkah kita? Tiba-tiba terfikir sebab ada kawan dari diploma dulu respond
pada status whatsup dan kami bertukar
cerita dan bertanya khabar. Tiba tiba dia reply ,
“aku suka la tengok life kau, bestnya berjalan sana sini,
keluar lepak dengan kawan, buat apa-apa yang kau suka’, then aku reply,
‘kenapa cakap macam tu?, biasa je pergi kerja balik kerja
weekend kalau ada class pergi kelas, kalau tak de kelas, takde orang ajak
keluar, duduk la terperap dekat rumah sorang-sorang, family jauh, hidup bujang
macam ni lah. Then aku sambung, life die lagi best, macam perfect, ada kerjaya,
ada suami ada anak.”
Lepas habis conversation kami aku pon terfikir, dia Nampak life
aku best, seronok, enjoy, dan dalam masa yang sama aku yang merasa life die ‘perfect’.
Then aku sedar, manusia itu sifatnya tidak pernah cukup. Tidak pernah puas. Yeah
itu adalah sifat manusia. Seharusnya kita sebagai manusia, hamba, tidak perlu
membandingkan hidup kita dengan orang yang lebih dari kita, kerana apa? Kerana itu
akan membuatkan kita tidak bersyukur.
Perjalanan hidup setiap hamba adalah berbeza. Allah aturkan
perjalan hambanya berbeza-beza supaya setiap hambanya bersyukur atas segala
nikmat dan kurniaan Allah dan menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Bersyukur
bukan sahaja apabila berlakunya perkara-perkara besar dalam hidup, tetapi kita
sebagai hambanya perlu bersyukur walaupon sekecil-kecil perkara.
Pernah dengar tak ungkapan ‘ kalau benda kecil pon kau tak
bersyukur, macam mana Allah nak bagi benda besar dekat kau? Sah-sah la kau tak
akan bersyukur. Seperti firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud,
‘Dan ingatlah, tatkala tuhanmu
memaklumkan; ‘sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah
9nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku), maka sesungguhnya
azab-ku sangat pedih’.
So kesimpulannya disini adalah, semua orang beruntung.
Setiap orang ada masa bahagia, masa seronok, masa diuji. So pokok pangkalnya
ialah bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kerana dengan
bersyukur, kita akan rasa bahagia. Akan sentiasa rasa cukup. Tak jeles dengan
rezeki lebih orang lain, sebab kita tak tahu, dalam lebihnya rezeki orang yang
kita Nampak, ada tersembunyi masalah yang mungkin kita sendiri tak boleh nak
hadapi.
Alhamdulillah...
ReplyDeletetrue.. lets keep smiling =)
ReplyDelete