Dari Abdullah bin Suwaid Al-Ansari dari ibu saudaranya Ummu Humaid, isteri Abu Humaid As-Saidi bahawa dia pernah datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin solat bersamamu.'
Baginda berkata 'Aku mengetahui bahawa kamu ingin solat bersamaku. Namun solatmu di bilikmu lebih baik daripada solat di ruanganmu. Solatmu di ruanganmu lebih baik daripada solatmu di ruangan rumahmu. Solatmu di ruangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini. Lalu dibangunkan untuknya sebuah tempat sembahyang di sudut rumahnya yang paling gelap. Dia solar di sana hingga meninggal dunia.'
"(Hadis Riwayat Ahmad no. 26.550)
Lihat pesanan #4
No comments:
Post a Comment