Assalamualaikum,
Hai
korang. Saje je nak share dengan korang drama comel lakonan Remy Ishak yang
terbaru. Keluarga Baha Don. Drama ni exclusive hanya di VIU.com. Sebenarnya
saya ni takde la minat sangat nak layan online drama. Tapi series dari viu.com
not bad, tak begitu menegcewakan. First online drama yang saya layan dekat viu
tahun lepas, cerita Aeril Zafril, Jibrail. Not bad cerita die, banyak twist jugak, Lepas
habis Jibrail, saya layan The Bridge, lakonan bront palarae, best jugak
jalan ceritanya, dan cerita Keluarga Baha Don ni ialah drama viu ketiga yang saya
layan. Cerita Keluarga baha don ni genre lain dari Jibrail & Te bridge,
cerita die kelakar dan comel gittew.So far dah 4 episod saya layan best jugak, asyik gelak je tengok.
Sinopsis Drama Keluarga Baha Don
Mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak),
seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah.
Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah
meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa
dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk
urusan haram dalam industri makanan.
Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya lakonan Melissa Campbell.
Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini?
Berkongsi wataknya (Remy Ishak) dalam drama 10 episod itu, dia memegang watak sebagai Jo Don seorang anak keluarga mafia iaitu Baha Don.
Para Pelakon :
Remy Ishak, Jihan Muse, Othman Hafsham, Susan Lankester, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell, Nam Ron, Razak Ahmad, Alvin Wong, Mark Adam, Sabri Yunus, Ayu Azhari, Junji Delfino, Doungles Wong, Indi Nadarajah.
kelakar giler, baru layan. tunggu next episod release. hahahahaha. main lepas je cakap .
ReplyDeletemenarik nya ada jgk nampak kwn2 up pasal drama nih, tp tak kesempatan nk dl viu tuh...
ReplyDeleteSelalu hari apa ya keluar newa episode
ReplyDeleteNak tau la selalu hari apa ya release new episode sy baru tgok smpai episode 6
ReplyDeletemacam best je ni!
ReplyDeleteBr lps tgk last episod, x puas tgk sbb cerita dia tergantung.. BTW ce tgk salon pulak a bit creepy tp best
ReplyDeleteBaha don end in episode 10 theres no new episode it's dissappointed because the story still look have a clue
ReplyDeleteTergantung la cerita ni. 10 episode sahaja.
ReplyDeleteCerita ni ada 10 episode je. Tergantung la
ReplyDeleteLast eps 10 next eps bila nk keluar
ReplyDeleteStory line best tapi ending tergantung. Semua takde ending. Frust la jugak sbb dh layan dari first episode.
ReplyDeleteStory line best tapi ending tergantung. Semua takde ending. Frust la jugak sbb dh layan dari first episode.
ReplyDeleteSayang good story ways but ending tergantung kesudahan hubungan jo n suzi tak tahu, kesudahan jihan pun tak tahu
ReplyDeleteviu banyak citer tergantung... detective psycho episod dekat 80 tergantutng, black tergantutng, keluarga bahadon tergantung... last la viu ni, baik layan netflix
ReplyDeleteDetective Psycho dapat tengok smpi episode 30
DeleteKat mana nak tgk smpi ep 80 ye?
Maybe ada keluarga bahadon 2 kot...tu yg tergantung ceritanya
ReplyDeleteViu better do something banyak cerita tergantung, Ada sesapa boleh sampaikan pada dia orang?
ReplyDeletedrama black MY pn ok jugak tp cita tergantung..sy rasa biasa drama2 viu ni cita tergantung
ReplyDeleteBlack my tu adaptasi drama black korea..haha yup tergantung..tp korea ok la..
ReplyDeletesebab tergantung bahadon ni mungkin sbb social distancing la juga. Tau la x dpt nak berlakon waktu covid 19 ni cepat merebak
ReplyDeleteKeluarga Bahadon season 2 tgh shooting..tak sabar nk layan season2.
ReplyDeletebaru mula layan drama ni..season 1 dah settle. Season 2 br few episode. kelakar tp byk kona baring gak ayat2 dia..kadang-kadang malu gak tgk dengan anak. jd fwd biar dia cepat sikit hahah
ReplyDelete