MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]

Assalamualaikum guys.. Hi.. Lama tak update kan..hihi busy sikit minggu lepas, dengan training..dengan nak handle internal auditor yang datang...

Okay entry kali ni nak cerita pasal pengalaman ke sunway lagoon pada 19.7.19. Kenapa pergi tarikh tu? Takde pape pon..saje je xnak pergi weekend sebab confirm ramai kan..soo kami pergi la Jumaat. Actually takde la sikit sangat orang..still ramai..tapi bearable lagi. Pagi tu tak berapa ramai tapi bila dah menghala ke petang baru ramai. So kami banyak explore water park pada waktu pagi supaya kami tak perlu beratur panjang dan berebut dengan orang lain sebab kami tak amik Quack express. Kami beli ticket biasa je.

Untuk ticket kami dapat harga RM124.00 per head and kami beli melalui Klook travel .Kalau beli direct dekat sunway lagoon punye website mahal sikit la harganya..dalam RM138.00. Harga yang saya bagitahu ni untuk dewasa dan berstatus warganegara Malaysia.Untuk kanak-kanak warganegara Malaysia, harga yang klook.com offer RM105.00.

Saya pergi short getaway kali ni dengan all my housemate. So jimat la sikit dan costnya tak besar sebab expenses we will devided equally. Kami collect RM220/head untuk kali ni dan cost ni termasuk Entrance fee to Sunway lagoon, tol pergi balik dari Pasir Gudang ke KL, minyak, parking fee, locker rental and hotel untuk 2 malam.

Kami gerak dari Pasir Gudang hari Khamis petang, selepas kerja dan bermalan di Melaka, untuk jimat masa. Di Melaka kami checked in hotel Hallmark inn hotel. kami dapat harga Dalam RM78 untuk satu malam melalui booking.com. Kami sampai di Melaka pon dah dekat pukul 11 malam, so kami tak pergi mana2 la sebab keesokannya kami nak gerak ke KL pulak awal pagi. Dinner kami malam tu, kami singgaj di RnR Pagoh, sebab masing2 dah lapar, tak jadi dinner di Melaka seperti plan asal.




So pada Jumaat pagi tu, kami checked out seawal pukul 7 pagi, kami singgah
breakfast di roti canai arang. Tempat ni famous di Melaka dan pernah Viral. Kami cuba nasib je, sebab tau memag akan ramai. Alhamdulillah masa kami sampai baru buka, orang tak ramai, so kami dapat tempat untuk dine in. Saya order roti banjir Don. Tnya tukang masak, die kata roti banjir telur goyang.Tak tau rupa sebenarnya, order je nak try..sekali dapat, fuh 2 telor goyangnya. Alhdulillah sedap.





Roti banjir don

Masing masing dah kenyang and excited nak main air


Lepas makan kami terus ke Sunway Lagoon. Perjalanan amik masa almost 2 jam jugak sebab bawa tak laju, biasa2 je. Bukan saya drive, housemate drive.  So kami sampai ngam ngam pukul 10. Kami parking di sunway pyramid dan jalan ke sunway lagoon. Parking murah wei, RM6 sahaja dari pukul 10 pgi sampi pukul 4 petang

Okay first thing yang kami buat lepas checked in, kami cari locker la. Disebabkan locker tu kecil, kami sewa 2 locker sebabkami ber5. First benda yang kami try ialah Cameroon climb (boleh klik untuk tgok vid dr utuber bukan dari saya). Ni biasa je just untuk warm up. Okay la kena ride 2 orang. Next kami masuk Wayerplexx 5D. Macam dalam wayang tapi korang akan basah. Yang paling best Vuvuzela. Yang ni hardcore punye slide.korang kena try kalau datang. Ride 5 orang 1 pelampung. Die akan berpusing teruks punye. Yang ni 2 kali kami ride. Waktu pagi(masa ni tak payah beratur) dan masa petang sekali sebelum balik. Petang tu kena beratur panjang jugak..dalam 30 min. Kalau ikot senarai dalam maps banyak, tapi ada hang untuk budak2, so yang tu kami tak ride la.

Masa jalan2 cari ride kami tersampai ke Lost Lagoon. So kat sini, 1st yang saya naik ialah Monsoon 360. Yang ni 2 orang je yang berani ni, saya dan Fira, yang lain surrender tak mau naik. Masa menapak naik kat atas, confident tau, sekali sampai atas, tengok macam mne nak ride, ketar lutut. Hahah. Sekali nampak ada sorang brother ni kat belakang, suruh die buat dulu, bila die buat, dengar suara brother tu jerit, nyaris2 nak surrender, tapi bila fikir, penat2 naik tangga, alang alang dah sampai, buat jugak la. Siap tnya lagi adik yang jaga tu, berapa lama, die cakap dalam 5-6 saat. Okay sebab sekejap sangat, so kita pon on. Korang tau macam mana rasa die? Hahah tiub kecik yang hanya muatkan betul2 sorang je, korang berdiri, then bila die tekan button, korang akan jatuh dalam lubang tu, dapat bayangkan tak? Apa perasaan? Macam jatuh dari dalam time capsule doremon tu. Melayang nyawa woi..haha tapi ni pon slide jugak. Once die jatuhkan korang, badan korang kan direct dalam position baring tau. So bila korang sampai bawah, korang macam tengah baring. Sampai je bawah, lembik lutut oii, tapi memang korang pusing 360 darjah. Ada lagi yang lain, tapi yang lain tu macam slide biasa yg bole ride berdua dan jugak pool and theme slide untuk budak2. Yang lain kami try jugak tak nak la cerita kat sini sebab biasa aja.









Lepas habis di Lost Lagoon, kami take a rest, sebab time tu dah 12.30 tengah hari, perut pon dah lapar, kami sinngah di outlet hot & roll untuk isi perut. Banyak lagi tempat makan, tpi yg ni je cepat dan sedap dan masing masing pernah rasa. Sebab kami kejar masa jugak, nak habiskan awal, nak solat lagi. So lepas setel makan, decided masuk scream park, a.k.a rumah hantu. Hurm kalau tanya aku, die so-so je, x seram pon, hantu tak banyk, cuma die banyak terkejut. Tu je. Sebab kami baru lepas makan time tu, kalau naik roller coaster, xpasal muntah pulak kan, so kami berjalan ke scream park, sambil2 bagi hadam sikit before kita masul amusement park. Tour dalam scream park ni tak lama, just 15 min je.

So lepas keluar dari scream park, kami sambung berjalan ke wildlife park. Sebab perut masing-masing belum habis hadam lagi. Ni actually safari. Okay la nice ada burung2 yang berterbangan berkeliaran tanpa kurungan, tupai pon sama, tanap kurungan, ada white tiger, ada lion, ada bear, okay la untuk bawak budak2.











Lepas habis jugle trail tengok haiwan, baru la ke amusement park. Kat sini kami aim nak naik pirate revenge, tapi tak kesampaian sebab under construction. Kat sini pon sama, ada yang untuk budak2, ada yang untuk dewasa. So kami ride mana yang sesuai untuk orang dewasa je la. Kami naik loast city of gold scream Coaster. Die tak la cerun mana, tapi die suka 'corner leper'hahahah and kami belum ready sangat dah jalan. Nice la. Then kami naik wagon wheel, ni saje2 je naik sebab penat, sambil2 amik nafas, hihi. And the best part is Tomahawk (korang bole klik link nk tengok). Hahah ni memag pusing 360 oi, dah la berpusing atas, berhenti pulak tu masa korang kat atas, memag korang totally terbalik wei. Haha ni pon 2 kali saya ride, 1st tu saya tutup mata, 2nd time, dah bole buka mata.

So around pukul 3.30pm mcm tu, kami decide untuk mandi salin baju, then solat sebab kami nak pergi checked hotel pulak, takot sangkut jem orang balik kerja. Ada sedikit kecewa sebenarnya sebab boleh dikatakan byk jugak la yang under construction and tak bole ride. Pihak sunway lagoon pulak tak annouce dekat website die. Mereka sepatotnya annouced la supaya customer yg jauh mcm kitorg ni tak kecewa bila sampai.

So untuk hari jumaat tu, kami bermalam di Arenaa star hotel, yang ni kami dapat malam RM117

So bawah ni total expenses yang incurred/head based on collection RM220

Admission tix - RM 124
Accomodation (2 malam) - RM40
Tol & minyak - RM46
Locker rental - RM10



12 comments:

  1. seronok berjalan jalan, dah lama ekin tak pergi short vacay jugakk hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup seronok sekali sekla.. Lari dari kerja..sebab kalau tunggu kerja habis..kerja tak pernah habis

      Delete
  2. Amboi, jauh dia datang. Nad pernah pergi Sunway Lagoon ni sekali je. Itu pun tak explore habis, rasa rugi pulak memandangkan ticket pun mahal ha. Kalau explore habis baru berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tu la ada jugak yg under construction..byk jugak..sepatotnya pihak sunway lagoon annouce la so that customer aware

      Delete
  3. seronok berjln ngn kwn2 nih.... bila dh jln2 tu mkn2 pun nk cari yg best2 gk kn

    ReplyDelete
  4. nk ke kl pun rasa malas sbb kt utara ada theme park. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat johor ada Legoland, dh pernah pergi..tak best sgt untk dewasa..kalau budak2 yes..best sebb design legoland tu untk bdk2

      Delete
  5. Lama x ke Sunway mmg seronok main air kan

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai walaupun dok dekat je..huhu

    ReplyDelete
  7. dulu aida ke S.lagoon ni time blaja di KL. bujang2 gini lah kami gi.
    tapi masa tu s.lagoon tak sebesar sekarang ni.
    now mcm2 tarikan ada. dulu kami jalan2 dlm tu pakai seluar jeans jer.
    xde basah2 pun :)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib