Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk kita semua hidup pada saat dan ketika ini. Ok hari ini aku nak share dengan korang semua tentang RATU BALQIS. Aku rasa korang semua mesti tahu kan siapa itu Ratu Balqis??? Beliau merupakan salah seorang Srikandi Islam yang cerita pengislamannya sangtlah menarik.
Ratu Balqis adalah seorang ratu yang memerintah kerajaan kuno Saba' yang disebut dalam Bible Ibrani Perjanjian Baru dan al-Quran. Ibu kota Saba' dipercayai ialah Ma'arib yang terletak berhampiran kota Sana'a, ibu negara Yaman sekarang.Selain Yaman, daerah kekuasan Saba' mungkin meliputi Eritrea dan Habsyah juga.
Al-Quran tidak menyebut nama Ratu Balqis secara khusus. Kisahnya diceritakan dalam Surah An-Naml
Diceritakan Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Walau bagaimanapun, baginda dan kaumnya tidak beriman dengan Allah s.w.t. Mereka menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Kehebatan kerajaan Saba' Ratu Balqis ini diceritakan kepada Nabi Sulaiman melalui burung hud-hud Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman a.s. supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.
Kepimpinan Balqis menunjukkan bahawa seorang wanita boleh terlibat dan berperanan dalam mengelola pemerintahan. Balqis termasuk seorang Ratu yang bijaksana, suka berunding dan berdamai. Negeri Saba yang dipimpinnya disebut di dalam al-Quran sebagai negeri yang baik dengan Tuhan Yang Maha Pengampun (Surah Saba: 15), kerana Allah s.w.t telah mengurniai tanah Saba dengan lading-ladang yang amat subur.
Kehebatan kerajaan Saba' Ratu Balqis ini diceritakan kepada Nabi Sulaiman melalui burung hud-hud Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman a.s. supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri Saba’…”
“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba’ dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari. Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman.
Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.
Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : “Seperti inikah singgahsanamu?” Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca”. Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
Di bawah ni aku nak share lagu Balqis by UNIC.. Lagu ni merupakan pemceritaan kisah beliau.. :)
terbaek dik ^^
ReplyDelete