Assalamualaikum semua readers and folloers.. Alhamdullillah kita masih diberi nyawa untuk menempuh ramadhan pada tahun ini dan berharap nyawa iu masih dipinjam sepanjang ramadhan ini memberi peluang kepada kita semua untuk merasai suasana hari raya bersama keluarga. InsyaAllah. Kalau korang semua masih ingat, sebelum ni aku ada share dengan korang semua pasal kisah Ratu Balqis. So hari ini aku nak kongsi dengan korang semua kisah ASIAH BINTI MAHAZIM..Beliau merupakan isteri kepada Firaun. Aku menulis entry ini sebab aku rasa kita sebagai seorang muslimah patut mencontohi keimanan ASIAH ini. So mari kita sama-sama terus membaca kisah beliau.
Pada ketika dahulu, Mesir diperintahkan oleh seorang raja yang sangat terkenal dengan keganasan dan kezaliman. Nama raja tersebut ialah Firaun. Firaun hidup seorang diri setelah kematian isterinya. Pada ketika itu jugalah nama Siti Asiah sentiasa disebut-sebut keana keanggunan dan kejelitaan beliau. Asiah berasal dari keturunan baik-baik dan naam keluaganya ialah Imran. Berita kejelitaan Asiah akhirnya sampai ke telinag Firaun sehinggakan Firaunteringin untuk memperisterikan Asiah.
Lalu Firaun mengutuskan seorang menteri bernama Haman untuk merisik. Tetapi Asiah menolak lamaran tersebut kerana dia sudah maklum bahawa Firaun merupakan seorang pemerintah dan raja yang ingkar kepada Allah S.W.T. dan tidak berperikemanusiaan. Dia
bukan sahaja tidak mengakui adanya tuhan, malah mengangkat dirinya
sebaai tuhan yang berhak disembah dan menyatakan di hadapan rakyat
jelata bahawa dialah tuhan yang maha tinggi. Akibat ketakutan, seluruh
rakyat jelata sanggup menyembah dan mengakui dirinya sebagai tuhan.
Tidak
lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan
tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat
tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan
dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan
berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan
supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan
dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan
menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu
dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan
dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat
keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.
Kemudian Fir’aun berkata: “Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan
sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih
satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup
senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika
engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar
hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:
1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.
Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan
memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah
dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di
dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap
kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah
agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada
malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah
SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang
kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga
kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya
sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.
Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan
rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan
identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah
SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru
hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.
Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun
dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap
ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras
terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka
semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil,
Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah
engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati
kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar
demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan
kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa
anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas
kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung
kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya
yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada
Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka,
Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar.
Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara
sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT
dan Nabi Musa AS.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.
Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.
Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.
Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.
Manusia biasa
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.
"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.
Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.
"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.
Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.
"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.
No comments:
Post a Comment