Actually Tioman ni bukan 1st time saya jejak kaki. Zaman sekolah dulu dah pernah sampai dengan family, tapi 1st time datang dengan member kali ini. Dulu masa datang dengan family , tak pandai lagi nk beractivity sangat 🤣🤣, paling² repeat mandi laut..pastu bagi ikan makan roti.. kahkahkah.. but this time, datang dengan kawan-kawan memang beractivity.
Macam biasa, kalau trip dengan kawan², memang saya la yang master mind. Saya yang akan cari info, google apa yang patot, compare sana sini untuk dapat best experience. Bila dah baca dan tanya, servey sana sini, saya akan summarized dan masukkan dalam group supaya geng² yang nak join komen or bagi pendapat. Trip ke Tioman ni mengimbau kenangan saya semasa ke Krabi tahun 2017, tapi masa tu gamble, tak amik mana² package. Trip aci redah. Sampai krabi masa tu baru la sibuk² cari motor, cari package..but at the end it became a best experience in my life.
Teringin ke Guangzhou, china? Check it out apa yang saya dan kawan² buat di Guangzhou
Okay berbalik pada tajuk entry, trip kami ni 3 hari 2 malam iaitu 11 september hingga 13 september. Pada mulanya saya plan nak pergi aci redah, sampai sana baru cari pakej snorkeling. Tapi sebab kesibukan buat budget 2021 untuk company, sampai balik 4 pagi, ada hari balik 2 pagi and kebanyakannya balik malam..so kekangan masa dan kepadatan kerja, membuatkan saya rasa plan ke Tioman ni saya nak jadikan sebagai masa untuk lupakan hal kerja and nak bersantai². Tu yang decide ambil package. Selepas servey dan berpuas hati dengan layanan dan package yang disediakan, saya dan kawan² memilih untuk ambil package yang ditawarkan oleh #TiomanEscape. Dengan harga RM370/pax, saya rasa package yang ditawarkan okay.
Kami ditempatkan di Idaman Beach Holiday. Bilik semua menghadap pantai. Bila dah sampai, dah beractivity, dah berada di sana 3 hari 2 malam, its above my expectation, dengan layanan staff resort yang sangat baik, makanan yang disediakan sangat okay dengan harga yang di bayar.
Untuk makluman followers dan pembaca sekalian, team #TiomanEscape dah siapkan
Itinerary untuk 3 hari 2 malam tu. So korang just follow and enjoy your holidayyy. Korang bole tengok iti yang disediakan oleh team Tioman escape dibawah
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
Hari Pertama
🏊🏻♂Sampai di Terminal Feri. Call krew untuk dapatkan tiket.
🏊🏻♂Bayar Tax Taman Laut.
🏊🏻♂Naik feri dan turun di jeti Kg. Genting.
🏊🏻♂Staff 'pick up' bagasi ke resort. (FOC)
🏊🏻♂Check in ke Resort disertakan 'Welcomed Drink'.
🏊🏻♂Petang/aktiviti masa lapang
🏊🏻♂Dinner (8.00 pm)
Suggestion :
🐋Berenang / snorkeling depan resort.
🐋Berjalan ke gua gelamin di hujung tanjung.
🐋Melihat pemandangan matahari terbenam (sunset) yang indah
🐋Hiking Batu Permata.
(untuk trekking and hiking jika perlukan guide RM 15 per pax)
minimum 6 pax
Hari Kedua
🏊🏻♂Breakfast (7.30 am)
🏊🏻♂Snorkeling trip: (9.00 am)
🐋Duty free shop (Kg. Tekek)
🐋Taman laut (snorkeling, picnic, and lunch)
🐋Rengis Island (berpeluang tengok shark, turtle, nemo, dan coral yang cantik)
🐋Tomok Island
🏊🏻♂Balik ke resort (2.00 pm)
🏊🏻♂Jika belum rasa puas, boleh sambung snorkeling di depan resort.
🏊🏻♂Pulang peralatan snorkeling (7.00 pm)
🏊🏻♂BBQ Dinner (8.00 pm)
🏊🏻♂Aktiviti Waktu Malam
Suggestion
🐋Karoke (ada tambahan bayaran)
🐋Camfire / bonfire
🐋Memancing
🐋Stargazing
Hari Ketiga
🏊🏻♂Breakfast (7.30 am)
🏊🏻♂Check out (11.30 am)
(Depend on ferry schedule)
Pakej Termasuk:
🚢 Tiket Feri (Pergi dan balik)
🏩 Penginapan untuk 2 malam
🍞 2x Breakfast
🍚 1x Lunch di Marine Park (picnic)
🍜 1x Dinner
🍢 1x BBQ Dinner
🐋 Snorkeling awesome: (3 point)
💰Kedai Bebas Cukai (kg tekek)
🐠Marine park
🦈Rengis Island / Tomok Island
Pakej Tidak Termasuk:
💰Bayaran Cukai Taman Laut RM 5 per person.
Nota:
Jadual perjalanan mungkin akan bertukar pada saat akhir, bergantung pada keadaan cuaca.
Kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah (mengikut tarikh lahir) adalah percuma.
P/s: Stay tune guys untuk entry seterusnya iaitu hari pertama saya and the geng di Tioman
cuticutimalaysiasnorkelingtiomantraveltrip to pulau tiomantripbudgetweekend escape
Great Experience bersama #TiomanEscape
Tags: cuticutimalaysia
, snorkeling
, tioman
, travel
, trip to pulau tioman
, tripbudget
, weekend escape
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah bestnya byk activity yang boleh dibuat !
ReplyDelete