13. Cara mempercantik diri yang dilaknat Rasulullah SAW
Dari Abdullah bin Mas'ud, dia berkata, "Allah melaknat perempuan yang merajah dan
minta dirajah, perempuan yang mencukur kening dan minta dicukur, dan perempuan
yang mengkikir giginya untuk kecantikan; serta perempuan yang mengubah ciptaan Allah.
' Lalu ucapan Abdullah ini sampai kepada seorang perempuan dari Bani Asad
yang bernama Ummu Ya'qub. Dia datang kepada(Abdullah bin Mas'ud) lalu berkata,
"Telah sampai kepadaku kabar bahawa kamu melaknat ini dan itu."
Dia (Abdullah) berkata, 'Apa salahnya aku melaknat orang yang dilaknat Rasulullah dan hal itu terdapat (puja) di kitabullah 'Perempuan itu berkata, 'Aku sudah membaca kitabullah dari awal hingga akhir, tetapi aku tidak menemukan apa yang kamu katakan itu.'
Dia (Abdullah) berkata, 'Jika kamu benar-benar membacanya, pasti kamu akan menemuinya. Apakah kamu membaca (ayat), 'Apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah,
dan apa-apa yang yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah Perempuan itu
berkata, 'Ya ' Abdullah berkata, 'Sesungguhnya Allah telah melarangnya ' Perempuan itu berkata, 'Sesungguhnya aku melihat isteri dan keluargamu melakukannya ' Abdullah berkata, 'Pergi dan lihatlah '
Lalu perempuan itu pergi dan melihatnya, akan tetapi dia tidak mendapatkan apa yang dikatakannya itu. Abdullah berkata, 'Seandainya mereka melakukannya, sungguh aku tidak akan berkumpul dengan mereka.
"(Hadis Riwayat Bukhari Muslim). (Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Tafsir Al-Qur'an no. 4.886 dan Muslim dalam Kitab Al-Libas wa Az-Zinah no. 2.125)
Lihat pesanan #12
ramai jg yg mencabut bulu kening utk bg cantik terbentuk..
ReplyDeleteNaizubillah Minta dijauhkan
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengingatkan
ReplyDelete