MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]


Hai semua, assalamualaikum. Okay kalau tengok tajuk pon dah tau. Ye nak buat entry untuk Day 1 di Guangzhou. Okay actually kitorang  draft itinerary tapi kami tak stick sangat dengan iti tu sebab kami bergerak sendiri, ada masa yang kami lost, so kat situ dah buang masa cari tempat, ada masa kami terlebih masa, kami wondering around there tengok apa2 yang menarik. Pagi tu kami berkumpul pkul 9 pagi dan cari tempat untuk breakfast. Since ada restoran halal berdekatan, so itu memang jadi tempat breakfast kami sepnjang 3 hari di sana. Restoran tu nama die Lanzhou Tradional Streched Noodle. Nama je kedai noodle tapi ada je menu lain.



               
Besar kan portion makanan die?




Ni Kedai makannya





Study metro Line 





                       

BTW, sepanjang kami kat sini, restoran die takde menyediakan air minuman tau. So kena bwk air sendiri. Pagi tu kitorang masing2 makan tak habis, yer la portion tu kalahkan portion lunch kot, so untuk elakkan pembaziran dan  prosess penjimatan dan  memudahkn kami bila lapar, kami request untuk tapau balance makanan kami, soo nanti bilA kami lapar, makanan dah ada, kami just cari tempat yg sesuai, then berkhelah 😂😂😂. Yes kami practickan cara ni sepanjang disana. Sangat2 practickal.


Okay 1st day kami, tempat pertama kami pergi ialah ke Guangzhou Library & Guangzhou Museum. Dua tempat ni terletak di tengah2 bangunan pencakar langit dan area bank and financial institution. Yang bestnya luar library die ada taman dan ada kawasaln lapang view canton tower. Library ni ada 9 tingkat beb, dah macam mall dan tersangat la ramai orang. Setiap level yang kami pergi, meja da kerusi penuh, tiada yang kosong. Nampk tak budaya membaca orang2 sana macam mana? Mak ayah siap bawak anak2 kecik pilih buku, pinjam buku infact orang tua2 pon ramai mencari buku. Haa budaya ni sangat la boleh di ikuti. Lagi 1 yang menarik perhatian saya, ramai yang bawak trolley (macam trolley mak2 bawak pergi pasar) just untuk pinjam buku. Pergh. Kalau kita pinjam 3 buku pon dah rasa macam bila aku nak habiskan baca ni. Dekat level 9 library ni, ada exhibition center. So kat situ boleh tengok2 info yang berkaitan dengan negara mereka. Dan dekat sini jugak laa saya baru sedar yang Metro kad saya hilang.!!! Cuak? Mesti la tak sebab saya ada travelmate yang sangat cool, inform mereka pasal kad hilang, dorang offer untuk tolong carikan balik, jejak balik kawasan yang lalu tadi, tapi untuk tidak buang masa, saya cakap tak payah cari laa, confirm tak jumpa dah sebab ramai sangat orang. Tapi saya minta dorang tolong searchkan nearest 7e untuk beli kad baru. Okay membazir lagi. Tapi tu la sapa suruh careless.. ye dak?? Hahaha Alhamdulillah kami pergi customer service centre, tnya hnya dalam 5 min perjalanan untuk sampai ke nearest 7e. Thanks korang!.











acah2 reading gittew.. haa selain kerusi dgn meja, ada jugak sudut mcm ni untuk reading




view library dai luar








Muzium






Punye ramai orang



Untuk muzium, kami tak masuk masa first day kami sampai sini, sebab orang beratur untuk dapatkan entrance ticket punyalah panjang, kami takut if kami tunggu, terganggu pulak next tempat kami. So kami tukar plan untuk datang balik sini keesokkannya, just untuk masuk muzium ni, tapi tu la kita manusia merancang, Allah yang tentukan, hahaha tak sempat jugak untuk kami masuk sebab esoknya lagi banyak hal hal yang tak sepatotnya jadi seperti salah naik bas, lambat jumpa tempat yang hendak dituju dan lain lain, hahahah 😄😄😄😄. Diluar muzium dan library ni, ada macam park berlatar belakangkan Canton tower, so decide bergambar dulu area sini dan duduk duduk santai sambil makan 'bekalan' kami. Agak menjadi tumpuan orang setempat semasa kami lepak santai2 tengah hari makan kat situ, yer la tengah hari kot, mne ada orang picnic, hahaha apa ada hal, Cuaca time tu bagi kami sangat tak panas, dalam 24c - 26c, tapi orang2 sana siap berpayung hahaha, kita dah biasa cuaca Malaysia 30c lebih, wat lek wat peace je duduk picnic tengah2 hari kat sana hahahahahahah 😂😂😂😂. Kawasan sini jugak ada Guangzhou Opera House, tapi kami tak masuk pon, just bergambar di luar sahaja sebab kami nak terus ke next destination, Tample of The Six Bayan Tress. Dekat sini jangan salah faham pulak, kami just tengok je mereka punye adat, activity, then, ambil gambar sikit dkat sudut corner cantik, then keluar gerak to next destination, which is Huaisheng Mosque.





               








picnic!!!!!




Opera House








Tample of six Bayan trees




Dekat Huaisheng Mosque ni s lama sikit stay sebab solat Jama', dan refreshkan diri (bukan mandi ye) dan tukar baju. Mula-mula masa kami datang tak ramai orang, tapi bila kami dah nak balik, ramai pulak yang datang, and ada group masyarakat dari Indonesian. Okay masa kami menyusuri jalan2 selepas  masjid untuk ke next destination, ternampak kedai jual buah, buah die pulak nampak segar2 dan murah, so kami pon decide nak beli, and the real 'ayam bercakap dengan itik' terjadi. Hahahaha yang lawaknya, sorang pegang henfon sorang pegang calculator. Tapi berjaya jugak beli




Ni la masjidnyaa







Ni antara pintu2 sebelum jumpa masjid



View bangunan masjid



Display waktu solat



Ruang depan masjid, okay ni dah siap tukar baju


nak beli bauh pon susah...😁😁


So malam tu kami punye plan untuk ke ShangXiaJiu Pedestrian Street. Kira macam petaling street la, tapi lagi besar, lagi meriah. Jalan2 cuci mata sambil cari ole2 untuk dibawa pulang. Tapi kami focus jalan je sebab dalam iti kami, day 2 baru shopping. But before tu, masa kami berjalan menuju ke destination, terjumpa restoran Halal, so masuk dinner dulu lah seround. Untuk dinner ni kami order 2 menu je, dan share, sebab portion besar, kami order Dumpling dgn me tarik. Sedap!!!!












Dah sampai tempat yang nak dituju






Nampak tak muka excited hakak? 😁😁























okay dah siap shopping, jom balik hotel, pergi takde luggage, balik ada luggage 

So end of day 1..stay tuned for day 2 okay! 😘😘, kalau yang berminat nak baca entry semasa perjalan kami dari KLIA2 boleh refer a journey to Guangzhou post, kat entrybtu saya ada share serba sedikit pasal cost sebelum fly ke sini.












14 comments:

  1. Guangzhou ni ada dalam list nak pergi. tapi malas nak apply visa ke China..
    jadinya nanti2la. hehe.. makanan2 disana memang besar2 portion. normal untuk kita terkejut mula2 order heheh.. tapi lama2 da boleh adjust kan..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Done update sis..kalau berminat nak baca..:)

      Delete
  3. pergi sendiri atau guna travel agent?

    ReplyDelete
  4. belum pernah sampai lagi hehe inshAllah...satu hari nanti hehe

    ReplyDelete
  5. sis pergi dengan tour guide atau sendiri ye? boleh email dekat Nurul? syahirahvaliant@gmail.com

    Sebab memang nak pergi tapi confius nak ambil tour guide atau tidak..

    Nurul follow and singgah sini ^^ https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi sendiri..okay nnt sy email Iti yg kami draft ye

      Delete
  6. Wow bestnyer..good sharing nih, boleh refer if Ada rezeki pegi nanti. BTW done follow #175

    ReplyDelete
  7. menarik Guangzhaou ni... harap2 satu hari nanti smapai juga ke sana

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib