Lama tak bersiaran.. Busy naw2 la dengan kerja..kena out station la, pastu kena menghadap auditor la untuk 3rd quarter audit, pastu weekend class lagi..pastu balik kerja dah penat.. Dah takde hati nak on laptop, nak ngadap phone lama2 sebab boleh berdenyut2 kepala.. Alhamdulillah Allah bg rasa nikmat busy tu....sampai nak blogwalking pon tak sempat. So hari ni ada masa sikit nak share pasal soal hati.
Soal hati? Apa tu? Cerita soal hati ke? Kisah cinta ke? No..no..no..no bukan cerita soal hati lakonan Erra dgn Afdlin tu ye.. Sebenarnya semalam (Rabu) lepas subuh, rutin biasa sy akan bukak utube la cari ceramah2 ringkas untuk di dengar sambil bersiap2 pergi kerja. sekarang nak pergi majlis2 ilmu sangat2 terhad masa (okay alasan, semoga rajin lepas ni), so saya on la ceramah2 di utube yang banyak tu. So hari tu sy bukak 1 ceramah dari Ustazah Norhafizah Musa. Tajuknya 'soal hati'. Saya tertarik nak dengar..tapi sebab panjang, sejam lebih, saya pon sambung tengok lepas maghrib semalam.. Sambil2 tunggu isya'. So sambil dengar sambil saya buat notes. So here, saya nak share perkongsian ustazah semalam..Ini perkongsian secara ringkas je ye. Katanya lagi, Sebagai muslim, tugas kita adalah untuk membersihkan hati kita secara exclusive, supaya cahaya sampai ke lubuk hati paling dalam.
Dalam ceramahnya, hati ini digambrkan berlapis2. Gambaran kasar dr ustazah tu hati manusia ini ada 4 lapis. Lapisan paling luar namanya Sodron (lapisan dada) atau pintu hati. Kenapa dia di gelar pintu hati? Kerana dari sini, bermula segalanya. Pintu hati ini akan terbuka luas, dan juga bole tertutup serapat2nya.
Menurut ceramahnya lagi, apa bila seseorang non muslim itu terbuka hatinya untuk memeluk islam, itu la sodron, cahaya islam baru menembusi pintu hatinya, Pintu hatinya telah terbuka untuk menerima agama Allah. Ini bermakna cahaya telah menembusi lapisan utama hatinya.
Hati merupakan tempat sasaran syaitan. Dari pintu hati inilah, manusia sering merasa gelisah, resah, tidak tenang, tidak berlapang dada,kerana lapisan luar hatinya tidak dijaga dari menjadi sasaran syaitan.
Okay move to lapisan kedua. Lapisan ke dua hati kita ini dinamakan sebgai Qalbun. Yang menggambarkan berbolak balik. Cahaya islam hanya menembusi sodron, tapi cahaya iman mampu memembusi Qalbun. Macam mana untuk kita mendapatkan cahaya iman supaya ia sampai ke qalbun? kita kena betul2 tanam keimanan dalam hati, kerana orang yg beriman juga hatinya berbolak balik. So lapisan ke 2 ni menggambarkan hari seseorang walaupon beriman tapi tetap masih berbolak balik. Sentiasalah kita membaca alquran, untuk membersihkan hati, supaya cahaya iman itu sampai ke qalbun.
Lapisan ke tiga dinamai sebagai Fu'adun yang bermaksud mata hati. Cahaya yang menembusi hati ini ialah cahaya ihsan. Macam mana nak dapatkan cahaya ihsan ini? kita beriman dan beribadah seakan2 kita melihat Allah, atau setidaknya seakan2 Allah melihat kita. Kita kena belajar mengenal Allah. Macam mana nak memgenal Allah? Yang pertama mempelajari al quran dan terjemahannya, yang kedua menekuni nama nama Allah (asma ul husna) dan ketiga melalui perjalanan takdir. Kita belajar atau melihat hikmah disebalik takdir Allah kerana takdir itu dihantar untuk kita mengenal Allah.
Lapisan yang terakhir ialah Lubbun yang menggambarkan dalamnya hati. Lubuk hati. Hati yang paling dalam. Cahaya yang hanya sampai ke lubuk hati ini ialah cahaya tauhid. Orang yang beriman, belum tentu benar2 mentauhidkan Allah. Macam mana kita nak menjemput cahaya tauhid itu? Dengan cara setiap perbuatan itu wajib bersandar hanya kepada Allah. Jika cahaya tauhid ini sampai ke lubbun, maka tugas kita untuk membersihkan hati sudah pun exclusive. Kerana tidak semua orang mampu menghantar cahaya tauhid ke hati mereka.
P/s:Bukan macam orang2 kita cakap, saya cintakan awk dr lubuk hati saya, tak ..cinta sesama manusia itu hanya dari lapisan luar hati. Kalau orang itu belum benar2 beriman, cintanya hanya di lapisan luar hati nya.
So sampai sini sahaja sharing saya,
Mana ada fakta yang salah..mohon betulkan ye..semoga bermanfaat untuk kita semua..kalau nak tengok ceramahnya boleh klik Sini k
Sangat bermanfaat ^^ Thanks for sharing!
ReplyDeleteThaks for sharing :)
ReplyDeleteBeneficial sharing, masha Allah. Thanks for sharing sister :)
ReplyDelete