Dua minggu tak bersiaran..busy dengan kerja guys, lepastu balik penat takdak mood nak blogging. Okay tajuk tu bunyiknya macam lonely kan? Hahahah dah bujang.. Sendiri la.. Jauh pulak dari keluarga. So nak tak nak kena sendiri la.. Jodoh pon belum kunjung tiba(doakan saya k, haha).
Boring? Yes boring sendiri. Dulu masa kerja area KL duduk dengan angel (bf masa degree) takdela rasa lonely sebab kami selalu kua sama2. Kalau mereka ada hal, saya akan cari cousin untuk teman saya. Tapi sejak duduk Pasir Gudang ni, saya belajar untuk buat semua sendiri. Dulu saya tak pergi pusing2 mall kalau xde kawan, tapi sekarang, saya dah tak kesah. Pergi mall sorang2, shopping sorang2, tengok wayang sorang2 sebab bila dah makin tua ni makin sedar, kita tak boleh nak terlalu rely on orang sekeliling. SePatutnya kita punye kebergantungan hanya kepada Allah. Seperti maksud surah Al ikhlas:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Surah Al-Ikhlas: 1-2)
Tapi kadang2 rasa sedih jugak bila terpaksa keluar sorang. Ada masa kita nak bersendirian, kita enjoy buat pape sendiri sebab tak terikat dengan orang, tak perlu jaga perasaan orang, tak perlu ambil kira orang penat ke tidak. Ada masa kita rasa nak berteman. Bila tengok orang lain keluar dengan family, dengan suami dengan anak, rasa macam 'sedihnya hidup aku ni' sampai sekarang masih sendiri. Tau tak perasaan yang datang tu sebenarnya bisikan syaiton untuk membuatkan kita ini tidak bersyukur. Kita tak tau struggle ibu2 yang ada anak kecil untuk berjalan dan bershopping macam mana. Sekejap budak tu menangis sebab lapar, lepas tu menangis mintak tukar diaper, menangis lagi nak tidur, kita tak nampak itu semua. Seharusnya kita yang masih sendiri ini bersyukur, dapat me time dengan tenang, dapat shopping tanpa ada gangguan, bole keluar bila2 masa tanpa fikir tanggungjawab di rumah.
Rezeki manusia tu berbeza2 mengikut keperluan kita. Kita tak tau keperluan kita. Allah je yang tau apa yang kita perlukan kerana die yang menentukan jalan hidup kita. So bersyukur sepanjang masa. Bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat dalam hidup kita. Bila hidup dengan penuh kesyukuran, kita akan rasa lebih tenang.
Actually guys kita tak sendiri. Allah sentiasa bersama dengan hambanya, kiri kanan kita sentiasa ada yang menemani sambil mencatat amalan kita. Cuma dari mata kasar, kita nampak seperti sendiri, tapi hakikatnya kita sentiasa berteman.
So enjoys your life sama ada sendiri atau berteman. 😊😊
stay strong
ReplyDeleteSalam perkenalan Munirah..
ReplyDeleteBetul, kita tak sendiri.. Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaanNya..