MunirahMH menulis

Full width home advertisement

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Post Page Advertisement [Top]


Dalam bahasa melayu Aloe Vera dikenali sebagai Lidah Buaya. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. 


Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa- tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. 


Aloe vera atau lidah buaya ini banyak kegunaan dan manfaatnya. Antaranya: 

1. Mengatasi masalah kulit 

Hal ini kerana aloe vera mampu membantu mengasilkan dan melepaskan kologen. Sifat anti-inflamasinya dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka.. Sebab tu kalau uollss yang selalu guna aloe yang  direct petik dari pokok, dan apply pada kulit, sejuk je rasa.Aloe vera juga menagandungi 98% air dan dapat membantu menegangkan kulit. 

Kerana sifatnya yang anti-inflamasinya, aloe vera mampu mempercepatkan penyembuhan luka sekali gus melembutkan permukaan kulit. Kandungan nutrisi dan vitamin seperti A,C dan E berperanan sebagai anti-oksidant yang mampu menghalang serangan radikal bebas.


 2. Meningkatkan tahap pencernaan

Sifat adaptogenik aloe vera bermanfaat untuk membantu sistem pencernaan. Proses pencernaan yang baik mampu memberi kesan positif pada diri dan kesihatan kita secara menyeluruh. 

3. Meningkatkan imunisasi

Meminum jus aloe vera mampu membantu detoksifikasi secara semula jadi membersihkan sistem pencernaan dan membolekan tubuh badan kita menyerap nutrisi dengan baik. Keadaan tubuh yang cukup segala nutrisi yang diperlukan, menjadikan peredaran darah berjalan lancar. Apabila darah yang mengakir mempunyai cukup oksigen  akan membantu dalam penghasilan sel2 yang baik untuk tubuh sekali gus meningkatkan immunisasi tubuh.






BERMINAT UNTUK MEMULAKAN GAYA HIDUP SIHAT SECARA SEMULA JADI?

JOM CUBA ALOE VERA DRINK DARI FOREVER LIVING. 

Whatapps untuk harga terlajak murah

Klik sini


















10 comments:

  1. Aloe vera ni bagus untuk kulit...
    dlu selalu ambil lidah buaya yang di tanam tepi rumah ni untuk disapu dkt muka...

    ReplyDelete
  2. Produk berasaskan tumbuhan, rasa yakin untuk menggunakannya..tambahan Aloe vera penuh dengan khasiat..

    ReplyDelete
  3. akak ada menanam pokok aloe vera kat rumah, sampai tak tau nak buat apa bila banyak anaknya

    ReplyDelete
  4. Makcik ada jual ni. Tapi tak pernah ambil tahu sangat khasiat dia. Bagus untuk kulit nampaknya kena consume juga la ni.

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kecik-kecik suka mainkan pokok lidah buaya kepunyaan mak sedara.. Habis dicabutnya dibuat main.. Kena marah le selalu..

    ReplyDelete
  6. bagus aloe vera ni... ada tanam 2 pasu kat rumah....

    ReplyDelete
  7. Pokok lidah buaya ada dibelakang halaman rumah rabia

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiat pokok aloevera .. Khasiat dari segi kecantikkan . Khasiat untuk tubuh badan .

    ReplyDelete
  9. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib