Korban dari sudut istilah ialah menyembelih binatang tertentu *(Binatang-binatang an’am ( ternakan ) seperti unta, lembu dan kerbau, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya) dengan niat taqarrub kepada Allah pada masa-masa tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah).
Menurut Syaikh ’Abdul ’Azhim Badawi dalam al-Wajîz fî Fiqhis Sunnah (hal. 402), maknanya adalah :
"Haiwan ternakan yang disembelih pada hari nahar(Kurban) dan hari2 Tasyrik dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah..
Untuk pengetahuan korang semua.. hukum melakukan Korban ialah sunat Mu'akkad.
Kalau korang semua nk buat korban..korang semua tak boleh redah je sembelih binatang korang 2..Ni aku nak share syarat2 untuk melakukan korban..:
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan..
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan..
2. Dilakukan dalam masa yang tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah)..
Untuk korban ni juagak ada waktu2 nya... kat bawah ni aku statekan waktu2 untuk ibadah korban..
Waktu untuk menyembelih binatang korban ini berterusan hingga ke hari Tasyrik yang terakhir. Penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam adalah makruh menurut Mazhab Syafi’e.
Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama
dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku
bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang
diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
Untuk raya korban kali ni kampunga aku menunbangkan 7 ekor lembu termasuk 1 lembu ternakan family aku.. Kira lembu family aku 2 nama semua nama family aku. (sepupu..pak sedara and so on)..
nilah lembu kami |
yg bju hijau 2 my dad..:) |
my bro |
my paksu... |
ready tok sembelih |
my dad yg sembelih..:) |
No comments:
Post a Comment